Imam, bilal dan siak di Pulau Pinang kini dilindungi PERKESO
Iklan
Mohamad (tiga dari kiri) menerima replika cek bernilai RM6,703,67 bagi bayaran elaun Imam dan bayaran saguhati kepada Imam, Bilal dan Siak di negeri ini.
KEPALA BATAS - Seramai 1,292 orang pegawai masjid yang terdiri daripada imam, bilal dan siak di negeri ini kini dilindungi dengan Skim Keselamatan Sosial dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memperuntukkan bayaran caruman sebanyak RM232.80 bagi setiap orang kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai Skim Perlindungan diri buat mereka (imam,bilal dan siak).
Iklan
Iklan
Menurutnya, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM6.703 juta bayaran elaun imbuhan bulanan imam serta bayaran one off kepada imam, bilal dan siak pada tahun ini.
"Insya-ALLAH pembayarannya akan diselaraskan sebelum sambutan Aidilfitri akan datang," katanya ketika berucap pada Program Multaqa Imam Peringkat Pulau Pinang yang diadakan pada Sabtu.
Iklan
Hadir sama, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim, Ruslan Said, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Zulkifli Rashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Datuk Amran Hazali.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Exco Agama Islam berkata, keseluruhan peruntukan yang disediakan adalah inisiatif Kerajaan Perpaduan di bawah konsep Malaysia Madani yang telah diselaraskan oleh Jakim dan kerajaan Pulau Pinang.
Iklan
Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga turut memperuntukkan bayaran elaun bulanan kepada Imam Rawatib Masjid Daerah, bilal dan sial di seluruh negeri ini dengan melibatkan keseluruhan sebanyak RM5.260 juta.
Jelasnya, peruntukan itu melibatkan bayaran elaun bulanan Imam Rawatib di setiap masjid daerah berjumlah RM600 setiap bulan, begitu juga elaun bulanan kepada bilal dan siak yang dibayar RM500 sebulan.
"Agihan keseluruhan pembayaran itu diberikan kepada 880 orang penerima melibatkan 214 buah masjid di seluruh Pulau Pinang," katanya lagi.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam