Berbasikal kenalkan adat budaya Luak Tanah Mengandung

Iklan
Tuanku Muhriz berkenan menyampaikan bantuan kepada rakyat di Luak Terachi.

KUALA PILAH- Pendekatan aktiviti berbasikal dalam Jelajah Keilmuan dan Ziarah Pusaka Luak Terachi di sini merupakan usaha dalam memperkenalkan adat budaya Luak Tanah Mengandung kepada masyarakat dari pelbagai kaum dan peringkat umur.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsuddin Ahmad berkata, program sempena sambutan Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir itu berjaya mengumpulkan lebih 150 peserta dari seluruh negara mengambil bahagian.

Tuanku Muhriz berkenan berangkat ke destinasi terakhir di Rumah Warisan Wan Robah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Luak Tanah Mengandung merupakan luak-luak yang bernaung di bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan pemimpin di luak-luak ini bergelar Penghulu.

"Enam destinasi persinggahan yang dilawati oleh peserta yang mempamerkan keindahan dan keunikan adat merangkumi makanan, kepimpinan, alam dan kesenian di dalam Luak Terachi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Jelajah Keilmuan dan Ziarah Pusaka Luak Terachi di Rumah Warisan Wan Robah di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Shamsuddin berkata, ia secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada peserta kayuhan yang berasal dari luar negeri berkenaan Adat Perpatih yang diamalkan di negeri itu.

Iklan

"Setiap luak ni semua istimewa sebab ia tak sama dengan luak lain. Kita nampak Luak Terachi antara keistimewaannya sawah padi yang masih diusahakan, yang kedua ia ada empangan, iaitu Empangan Kelinci.

"Ketiganya, makanannya istimewa contohnya ada ikan puyu campur cepuk, kemudian pucuk kepimpinan kita nampak tapak rumah tradisionalnya masih dipelihara itu antara keistimewaan di Luak Teraci," katanya.

Destinasi terakhir jelajah keilmuan diserikan dengan keberangkatan tiba Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku Munawir ke Rumah Warisan Wan Robah.

Sementara itu, destinasi terakhir jelajah keilmuan diserikan dengan keberangkatan tiba Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku Munawir ke Rumah Warisan Wan Robah.

Ia bagi mengalungkan medal kepada anakanda baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-‘Abidin yang turut menyertai kayuhan tersebut serta berkenan menyampaikan bantuan kepada rakyat di Luak Terachi.