'Abang rambut perang' dapat motosikal baharu di KLIA

Iklan
Derrick (tengah) bersama jentera yang disumbangkan Modenas di KLIA. Foto Modenas

SHAH ALAM - Pengorbanan pemain ke-12 Harimau Malaya, Derrick Gan menjual motosikalnya bagi menyaksikan Piala Asia 2023 berbaloi selepas dia ‘dihadiahkan’ jentera baharu jenama motosikal tempatan, Modenas sebaik tiba di tanah air.

Menerusi satu kemaskini di laman Facebook Modenas yang dikongsikan daripada hantaran sebuah stesen radio swasta tempatan, Derrick menerima motosikal itu selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Derrick (tengah) bersama motosikal yang disumbangkan Modenas di KLIA. Foto Modenas

Iklan
Iklan
Iklan

"Alhamdulillah rezeki buat @derrickganjr terima motosikal dari @modenas.malaysia. Derrick, teruskan support dan jadi pemain ke-12 pasukan Harimau Malaya! Selamanya Harimau Malaya!,” demikian menurut hantaran stesen radio swasta tempatan tersebut.

Laporan Sukan Sinar pada Sabtu.

Derrick sebelum ini mencuri mencuri tumpuan selepas dilihat menangis ketika meraikan gol kedua Harimau Malaya semasa aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub.

Iklan

Tangisan Derrick itu mendapat perhatian apabila turut tular kisahnya yang menjual sebuah motosikal untuk menyaksikan penampilan skuad kendalian Kim Pan-gon di Doha.