JSPT siasat video tular dakwa anggota polis trafik minta RM100

Iklan
Mohd Azman (kiri), Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjalankan siasatan terperinci berhubung video tular tindakan anggota polis trafik menyaman dan menawarkan bayaran saman terhadap pasangan warga United Kingdom.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya telah mengesan video tular itu pada jam 4.30 petang Ahad.

Iklan
Iklan

Mohd Azman berkata, orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi tidak tepat.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian itu diminta menghubungi JSPT melalui bilik gerakan di talian 03-22663356 atau email protrafik_ba@rmp.gov.my.

Iklan

"Kita akan memaklumkan perkembangan siasatan dan tindakan lanjut akan diambil," katanya.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan rakaman video berdurasi 50 saat yang dimuat naik di laman X @doktorrezz memaparkan pasangan terbabit disaman oleh anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.

Iklan

Pasangan pelancong yang menaiki sebuah van telah ditahan ketika dalam perjalanan ke Ipoh, Perak.

Dalam video terbabit, seorang anggota polis trafik memberitahu pasangan terbabit bahawa van tersebut dipandu 80 kilometer sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60 kilometer pada jam 11.30 pagi.

"Saya akan berikan kamu surat saman dan kamu pergi ke balai polis untuk membayarnya, jika bayar di balai, RM300, bayar sekarang, RM100," kata anggota polis trafik tersebut.

Dalam visual terbabit, pasangan itu bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang tunai berjumlah RM100 kepada polis berkenaan.

Anggota polis tersebut kelihatan mengambil wang berkenaan tanpa memberikan sebarang surat saman.