Belia ketinggalan, sukar dapat kerja jika tidak kuasai AI
Iklan
SHAH ALAM - Golongan belia di negara ini akan jauh ketinggalan dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang sekiranya gagal menguasai kecerdasan buatan (AI).
Presiden Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (Gema), Mohammad Amar Masuri berkata, teknologi berkenaan bakal menjadi asas terpenting dalam pelbagai bidang pekerjaan yang ditawarkan pada masa akan datang.