'Senyumlah selagi mampu'

Iklan
KLINSMANN

DI sebalik kritikan yang menggunung, Jurgen Klinsmann dilihat masih mampu tersenyum dan tingkah lakunya ketika Korea Selatan diikat Malaysia 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E baru-baru ini ternyata mengundang kemarahan penyokong Taegeuk Warriors.

Penyokong berang kerana Klinsmann dilihat tidak serius menyandang jawatan jurulatih Korea Selatan.

Iklan
Iklan

Malah, pengendali berusia 59 tahun itu dianggap perosak generasi emas Korea Selatan yang dibarisi pemain bintang seperti Son Heung-min, Lee Kang-in dan Kim Min-jae.

Korea Selatan berdepan ujian berat apabila bertemu Arab Saudi pada suku akhir, Rabu ini bagi misi menjulang Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun.

Iklan

Bagaimanapun, akibat ke-marahan yang meluap-luap, penyokong mendoakan Klinsmann meraih kegagalan di Qatar.

"Dia sentiasa tersenyum ketika seluruh negara berdebar dan bolos tiga gol pun dia masih kelihatan ceria,” kata wartawan, Hong Jae-min yang membuat liputan di Doha.

Iklan

Tambah Jae-min lagi, se-bahagian besar peminat bola sepak di Korea berpendapat Klinsmann tidak mempunyai karakter kepimpinan yang baik dan wajar digantikan dengan jurulatih lain.