Mangsa banjir di Dungun turun 782 orang

Iklan
Anggota penyelamat membantu menyelamatkan penduduk yang terjejas banjir. Foto Angkatan Pertahanan Awam Terengganu

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Dungun, Terengganu berkurang kepada 782 orang daripada 228 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Jumlah itu menurun berbanding 923 orang daripada 275 keluarga seperti yang direkodkan pada 8 malam Ahad.

Iklan
Iklan

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dungun merupakan satu-satumya daerah di negeri ini yang masih terjejas akibat bencana tersebut.

Menurut kenyataan itu, enam PPS yang dibuka di Dungun ialah Dewan Serbaguna Kampung Shukor, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Masjid Jamek Kampung Jongok Batu.

Iklan

Tambah kenyaatan tersebut, PPS yang turut dibuka iaitu Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut dan Dewan Masjid Serdang.

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.

Iklan