Tiga tentera AS terbunuh, lebih 30 cedera serangan dron di Jordan

Iklan
Joe Biden memberi amaran balas susulan tiga anggota tentera AS terbunuh dan lebih 30 lagi cedera dalam serangan dron di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria.

WASHINGTON - Tiga anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dan lebih 30 lagi cedera dalam serangan dron di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria, kata tentera AS.

"Sementara kami masih mengumpul fakta mengenai serangan ini, kami tahu ia dilakukan oleh kumpulan militan radikal yang disokong Iran yang beroperasi di Syria dan Iraq,” dakwa Presiden AS, Joe Biden dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurut Biden:"Hari ini, Amerika sangat berduka," sambil menambah,"pengorbanan para tentera tidak akan dilupakan oleh negara kita."

Dalam masa sama, beliau memberi amaran tentang mengenai balas, sambil menegaskan:"Jangan ragu-ragu, kami akan menuntut pembelaan terhadap apa yang berlaku pada masa dan mengikut cara yang kami pilih."

Iklan

Kematian berkenaan mencatat sejarah hitam kerana ia merupakan kali pertama tentera AS terbunuh oleh tembakan musuh di Asia Barat sejak permulaan perang Gaza 7 Oktober tahun lalu.

Pembunuhan tiga tentera AS di Menara 22 di Jordan berhampiran sempadan dengan Syria adalah peningkatan ketara keadaan yang sudah tidak menentu di Asia Barat.

Iklan

Setakat hari Jumaat, terdapat lebih 158 serangan ke atas tentera AS dan sekutunya di Iraq dan Syria, walaupun pegawai telah menyifatkan serangan dron, roket dan peluru berpandu yang berterusan sebagai tidak berjaya, kerana sebilangan besarnya tidak menyebabkan kecederaan serius atau kerosakan kepada infrastruktur.

Angkatan pertahanan AS ditempatkan di pos luar di sana sebagai sebahagian daripada misi 'menasihati dan membantu' Jordan.

Pegawai AS berulang kali berkata mereka tidak mahu melihat ketegangan yang semakin tinggi di seluruh Asia Barat ketika pertempuran antara Israel dengan Hamas meluas menjadi perang serantau. - Agensi/ Awani