KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu bank akaun, Disember tahun lalu.
"Faham, faham, saya tidak bersalah, minta bicara,” kata Daim dalam nada yang perlahan, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, Daim, 86, yang memakai kot berwarna hitam, didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertarikh 8 November 2023.
Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya SPRM pada 14 November tahun sama, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 13 Disember 2023.
Harta itu membabitkan aset antaranya akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar serta Rolls Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah/ tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang iaitu:
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
Harta itu membabitkan aset antaranya akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar serta Rolls Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah/ tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang iaitu:
Akaun Bank:
1. ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN)
Kenderaan:
1. Mercedes Benz 600 SEL
2. Jaguar XJS HE
3. Mercedes Benz 450SEL
4. Mercedes Benz 450 SLC
5. Rolls Royce 2 Axle Rigid Body
6. Austin Morris Austin
7. Ford Prefect
Syarikat Sdn Bhd/ Berhad:
1. Ibu Kota Developments
2. Maya Seni Holdings
3. Menara Ampang
4. Dream Cruiser
5. Landbelt Corporation
6. Kenari Teliti
7. Fnq Advanced Materials
8. Kota Tandop Development
9. Alun-Alun Resort (M)
10. Dasar Seroja
11. Gigantic Promotions
12. Jupiter Alliance
13. Inayat Realty
14. Suasa Urus
15. Avillion Berhad
16. Meridian Haven
17. Avillion Vista Hotel
18. Vast Access
19. Fortune Valley
20. Reliance E-Com
21. Admiral Marina Berhad
22. Golden Envoy (M)
23. Mela Lifestyle
24. AVI SPA
25. Avillion Hotel Group
26. RPB Capital Holdings
27. Genius Field
28. Festive Place
29. Avillion Suite Hotel (PD)
30. Taman Unik
31. Admiral Cove Development
32. Nesline
33. RPB Development
34. OS Resources
35. Avillion Hotel (Kl)
36. Avillion Hotels International
37. Admiral Hill Hotel
38. Reliance Shipping & Travel Agencies (Perak)
Hartanah / tanah di bawah syarikat di
1. Seksyen 89, Kuala Lumpur
2. Persiaran Ritchie, Kuala Lumpur
3. Hartanah Jalan Taman U-Thant, 55000 Kuala Lumpur
4. Taman Maluri, Kuala Lumpur
5. Rompin House, Bukit Fraser, Pahang
6. Kampung Pandan, Kuala Lumpur
7. Taman Melawati, Kuala Lumpur
8. Desa Kuda Lari, Kuala Lumpur
9. Desa Pahlawan, Kuala Lumpur
10. Socfin House-White Palace Kuala Lumpur
11. Beberapa hak milik di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur
12. Kondominium di Jalan Madge Off Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
13. Gohtong Jaya Genting Highlands, Pahang
14. Wangsa Melawati Kuala Lumpur
15. Beberapa hak milik di Jalan Jejaka, Maluri, Kuala Lumpur
16. Beberapa hak milik di Taman Dagang Ampang, Ampang, Selangor
17. Menara Ampang, Selangor
18. Mukim Bujang, Kuala Muda, Kedah
19. Bukit Saujana, Ijok, Selangor
20. Suit di Menara Mutiara Bangsar 8, Kuala Lumpur
21. Avillion Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan
22. Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan
23. Avillion Cameron Highlands, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
24. Kelab Admiral Marina & Leisure, Negeri Sembilan
25. AVI Pangkor Beach Resort, Perak
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin antara RM250,000 hingga RM500,000 dengan seorang penjamin.
"Kami harap tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM, Putrajaya sekali setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
"Selepas ini, tiada komen dibuat mengenai prosiding berkenaan, kami faham rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk bersuara namun ada had yang perlu dipatuhi,” katanya yang mengendalikan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Feisal Mohd Azmi, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide.
Beliau berkata, kenyataan yang dibuat selepas kes dipertuduhkan akan memprejudiskan kes kelak.
Menurutnya, ia bukanlah suatu perintah larangan atau ‘gag order’ tetapi lebih kepada nasihat daripada mahkamah supaya tertuduh tidak membuat ulasan sehingga kes ini selesai.
Sementara itu, peguam, M Puravalen yang mewakili bekas pemimpin UMNO itu berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan keadaan kesihatan Daim.
"Yang Arif boleh lihat sendiri keadaannya, beliau hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda.
"Daim merupakan seorang pesakit buah pinggang malah dia pernah diserang angin ahmar selain sebelah matanya telah dikeluarkan kerana dijangkiti kuman,” kata peguam itu.
Menurutnya, mengenangkan tahap kesihatan itu, beliau membantah, syarat tambahan supaya anak guamnya melaporkan diri ke pejabat SPRM di Putrajaya.
Selain itu, beliau berkata, agak mustahil bagi anak guamnya untuk menggunakan pasport bagi melakukan perjalanan yang jauh.
Selain Puravalen, peguam, Nizamuddin Hamid, N Rajesvaran dan Sachpreetraj Singh turut hadir bagi mewakili bekas ahli politik itu.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Azura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM280,000 dengan seorang penjamin, tanpa sebarang syarat tambahan sebagai mana yang dicadangkan pihak pendakwaan.
"Mahkamah mempertimbang keadaan tertuduh yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan.
"Berkenaan isu komen, saya faham, semua pihak juga sudah cukup matang serta mempunyai pengetahuan mencukupi supaya tidak buat sebarang komen kerana kes telah dipertuduhkan di mahkamah,” katanya.
Justeru, beliau memohon kedua-dua pihak agar tidak membuat komen berhubung kes ini bagi mengelak subjudis.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula kes.