SKUAD hoki lima sebelah (5s) negara kembali garang apabila menyalakan peluang ke suku akhir Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia di Muscat, Oman pada Isnin.
Tiga mata diraih ketika menjinakkan Amerika Syarikat 3-2 dalam perlawanan Kumpulan D itu hadir selepas terikat 3-3 berdepan Oman sebelum itu.
Iklan
Iklan
Sementara itu, kapten Malaysia, Mohamad Akhimullah Anuar Esook menyifatkan perbincangan dalam kalangan pemain selepas perlawanan menentang Oman ternyata menghasilkan impak positif berdepan antara kuasa hoki dari benua Amerika tersebut.
"Secara peribadi untuk diri saya sendiri, saya perlu menambahbaik lagi penyudahan menjaringkan gol dan saya berharap saya mampu untuk membantu pasukan melangkah ke suku akhir,” katanya yang meledak empat gol dalam dua perlawanan.
Gol Malaysia dalam perlawanan itu dijelmakan Mohamad Akhimullah (m-11, m-25) dan Syarman Mat Tee (m-21) manakala Harris Pat (m-17, m-27) untuk Amerika Syarikat.
Malaysia kini mengumpul tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan akan berdepan Fiji dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang dijadualkan pada Isnin.
Artikel Berkaitan