Jurulatih Australia tabik skuad Sang Garuda

Iklan
Arnold. Foto AFP

JURULATIH Australia, Graham Arnold mengakui kejayaan pasukannya mara ke saingan suku akhir Piala Asia Qatar 2023 selepas menundukkan Indonesia 4-0 dalam aksi kalah mati pada Ahad bukan diraih dengan mudah.

Sebaliknya beliau berkata, pasukannya berdepan tentangan sengit skuad dari Asia Tenggara itu yang mempunyai kelebihan fizikal.

Iklan
Iklan

"Para pemain semakin yakin dalam kejohanan ini. Kami telah menjangkakan Indonesia akan bermain secara fizikal dan pemain Australia juga sudah bersedia sebaiknya,” ujar Arnold.

Menjelang perlawanan dalam kelompok lapan terbaik beliau mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam usaha mempamerkan aksi yang lebih mantap.

Iklan

"Kami boleh lakukan lebih baik dalam setiap aspek. Kami akan melihat balik apa yang boleh diperbaiki kerana kami sentiasa menginginkan sesuatu yang positif.” katanya.

Pada aksi suku akhir Australia dijadual menentang pemenang antara Arab Saudi dan Korea Selatan yang akan turun beraksi pada tengah malam Rabu ini.

Iklan

Dalam kejohanan Piala Asia 2019, perjalanan Australia tersekat pada peringkat suku akhir setelah kalah 0-1 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Edisi kali ini sudah pasti The Socceroos mahu mengulangi impian menjulang Piala Asia pada tahun 2015 setelah menewaskan Korea Selatan dalam perlawanan akhir.

Skuad kendalian Graham Arnold pastinya ingin mengulangi kembali kejayaan pasukan Socceroos yang menjulang Piala Asia pada tahun 2015 setelah menewaskan Korea Selatan dalam perlawanan akhir tersebut.