Mohamad Hanifah pengerusi PN Negeri Sembilan ganti Faizal Azumu

Iklan
Mohamad Hanifah (kiri), Ahmad Faizal

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker dilantik sebagai Pengerusi Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, lantikan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Kuala Lumpur pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Paling penting Bersatu dan PN mesti memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa, sentiasa membangkitkan isu rakyat sambil berusaha memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Mohamad Hanifah menggantikan Ahmad Faizal yang memegang jawatan itu sejak Jun tahun lepas.

Iklan

Dalam pada itu, Mohamad Hanifah, 44, berterima kasih kepada pimpinan parti atas kepercayaan diberikan bagi menggalas tanggungjawab berkenaan.

Beliau berazam untuk terus membantu kepimpinan untuk memperkukuhkan parti di peringkat akar umbi.

Iklan