JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berangkat secara rasmi ke Kuala Lumpur, pada Isnin.
Keberangkatan Raja Zarith Sofiah ke Kuala Lumpur susulan pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula Rabu ini.
Raja Zarith Sofiah tiba di Hangar Diraja Johor Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS). Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar