Hindraf gagal cabar keputusan RoS batal pendaftaran persatuan itu

Iklan
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) pada Isnin gagal dalam permohonannya untuk mencabar tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membatalkan pendaftaran persatuan itu.

Iklan
Iklan

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh dalam keputusan, yang disampaikan menerusi e-mel, menolak permohonan semakan kehakiman difailkan oleh persatuan itu terhadap Ketua Pengarah RoS dan Menteri Dalam Negeri selaku responden menerusi e-mel.

Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin mewakili kedua-dua responden ketika dihubungi berkata, mahkamah memerintahkan persatuan itu membayar kos sebanyak RM5,000 kepada dua responden berkenaan.

Iklan

Peguam Annou Xavier, yang mewakili Hindraf mengesahkan perkara itu.

Pada 22 Februari 2021, kumpulan itu menerusi pemimpinnya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memperoleh kebenaran daripada mahkamah untuk mencabar keabsahan dua keputusan berhubung pembatalan pendaftaran kumpulan itu.

Iklan

Hindraf yang memfailkan permohonan itu pada 22 Disember 2020 memohon satu perintah mahkamah bagi mengarahkan Ketua Pengarah RoS membatalkan keputusan bertarikh 30 September 2019 dan mengembalikan pendaftaran persatuan itu berkuat kuasa pada tarikh tersebut (30 September 2019).

Persatuan itu juga antara lain menuntut pengisytiharan bahawa kedua-dua keputusan pembatalan pendaftaran itu adalah tidak sah dan terbatal. - Bernama