Video 'Hot Daddy': Wanita ditahan dakwa sukarela, mahu untung

Iklan
Mohd Shuhaily.

KLANG - Seramai enam wanita lagi ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti menjual video melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua individu itu berusia dari 21 hingga 36 tahun ditahan pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Kesemua individu itu telah direman bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar, di sini, pada Isnin.

Pada Jumaat, media melaporkan seorang bapa kepada tiga anak, yang tular di media sosial sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua rakan wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan, minggu lalu.

Iklan

Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dan Norhidayah Mahadi, 24, yang bekerja sendiri serta pengurus syarikat swasta, Norshazrina Md Zamri, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372 (1) (e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikesan menjalankan aktiviti menjual rakaman video seksnya dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang pada jam 2.30 petang, 17 Januari lalu.

Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya di rumah yang turut didiami oleh bapa lelaki terbabit.