KLANG - Seramai 285 warga asing ditahan dalam mengatasi pemerdagangan orang menerusi Op Pintas Mega di seluruh negara pada Selasa dan Rabu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, sebanyak 42 serbuan dilaksanakan hasil kerjasama 14 kontinjen polis seluruh negara bersama Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.
Iklan
Iklan
"Dalam operasi itu, seramai 64 mangsa telah diselamatkan dengan empat daripadanya orang kurang upaya (OKU) di bawah Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007)," katanya pada sidang akhbar, di sini, pada Isnin.
Mohd Shuhaily berkata, secara pecahannya seramai 22 wanita, 12 lelaki, 20 kanak-kanak perempuan dan 10 kanak-kanak lelaki yang berasal dari Filipina, Indonesia, Bangladesh, Kemboja dan Myanmar.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12 dan 14 Akta ATIPSOM 2007 selain Seksyen 55B, Seksyen 15 (1) (C) dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/1963.
"Kita memandang serius aktiviti jenayah pemerdagangan orang dan tindakan tegas akan dilaksanakan terhadap mana-mana individu dan kumpulan jenayah yang melakukan jenayah ini," katanya.
Artikel Berkaitan