SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai satu lembaran sejarah yang baharu dan unik dalam mendepani pelbagai cabaran.
Ujar Anwar, hanya dengan ehsan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda yang mampu mengemudi dalam saat-saat getir itu.
Al-Sultan Abdullah berkenan beramah mesra bersama Anwar pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 baru-baru ini. Foto fail Bernama