HUBUNGAN anggota kumpulan Blackpink, Lisa dan Ketua Pegawai Eksekutif TAG Heuer, Frederic Arnault dikhabarkan semakin mekar.
Malah pasangan itu juga tidak melihat jarak sejauh 9,378 kilometer sebagai satu masalah dan Lisa kerap terbang ke Paris untuk bertemu buah hatinya itu.
Terbaharu, peminat melihat pasangan tersebut di sebuah restoran Thai di Paris.
Menurut peminat terbabit, Lisa atau nama sebenarnya Pranpriya Manoban tiba dulu diikuti Arnault.
Selepas selesai menikmati makan malam, mereka beredar bersama dan menaiki sebuah kereta.
Meskipun wajah ‘pasangan’ itu tidak jelas kelihatan tetapi beberapa bukti daripada perkongsian di media sosial menjadi bukti gadis berusia 26 tahun itu berada di Paris dan bertemu kekasihnya.
Dalam foto lain, jelas kelihatan Lisa memakai baju dan juga beg denim Louis Vuitton yang sama dimuat naik di Instagram teman wanita adik Arnault.
Biarpun Lisa dan agensi tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hubungan itu, peminat tetap 'merestui' serta mengharapkan hubungan itu akan berakhir dengan ikatan yang lebih suci.