Pandang ke Asia Barat

Iklan
Malaysia boleh mula mengatur aksi persahabatan menentang negara-negara Asia Barat untuk memperkasa skuad Harimau Malaya. Foto AFP

MALAYSIA sudah boleh mencongak untuk membentuk skuad bola sepak bertaraf tinggi menerusi aksi persahabatan berkelas dunia dengan menjadikan negara Asia Barat antara destinasi yang cukup relevan.

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan juga percaya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pasti merangka perancangan strategik melihat ke hadapan menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang kembali bersambung Mac depan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, skuad Harimau Malaysia perlu menjadi pasukan tetap dalam saingan Piala Asia bermula pada edisi kali ini dan seterusnya kekal konsisten dalam kancah kejohanan tersebut untuk tempoh mendatang.

Razman

"Piala Asia Qatar 2023 menjadi batu loncatan buat skuad Harimau Malaya untuk kekal bersaing di pentas Asia.

Iklan

"Persiapan wajar dibuat segera dengan menjadikan negara-negara Arab sebagai lawan yang kompetitif. Malah Korea Selatan dan Jepun juga bolah menjadi lawan kita.

"Orang (negara luar) sudah pandang kita (Harimau Malaya). Standard kian meningkat, lawan kita bukan lagi Timur Leste tetapi Jordan, Bahrain dan Tajikistan. Sasaran (lawan) kita selepas ini ialah menentang kelompok 100 pasukan terbaik dunia,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Iklan

Beliau turut mendedahkan mengalami satu perasaan bercampur baur susulan prestasi skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon di Qatar baru-baru ini.

Laporan Sukan Sinar pada Isnin.

Tambahnya, para pemain memperoleh banyak pengalaman berharga dalam usaha mereka untuk meningkatkan tahap dan kualiti permainan secara individu atau berpasukan.

"Sepatutnya kita layak (pusingan 16 terbaik), tapi itulah bola sepak. Kalah dalam aksi pertama kepada Jordan. Permainan kita bertambah baik ketika menentang Bahrain, namun lawan memperoleh gol pada masa kecederaan.

"Saya bangga dengan aksi Malaysia menentang Korea Selatan apabila para pemain begitu fokus hingga wisel penamat. Mereka enjoy dengan permainan, nothing to lose. Akhirnya kita seri 3-3,” katanya.

Justeru, Razman juga berharap para pemain muda wajar dipertimbangkan untuk diserap ke dalam pasukan kebangsaan sebagai pentas pengalaman buat mereka menimba pengalaman di pentas antarabangsa.

"Ia bagi memastikan skuad negara tidak ketandusan pemain yang silih berganti keluar dan masuk dalam pasukan,” katanya.