Stor kedai pakaian terbakar

Iklan
Keadaan dalam stor yang terbakar.

JOHOR BAHRU - Sebuah stor kedai pakaian di pusat beli-belah di Taman Abad di sini terbakar tengah hari tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, kebakaran itu berjaya dipadamkan orang ramai sebelum pasukan bomba tiba.

"Stor jenis kekal itu musnah 15 peratus termasuk barangan yang disimpan di dalamnya.

Iklan

"Meskipun kebakaran sudah dikawal, anggota bomba tetap memeriksa struktur binaan untuk memastikan keselamatan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaimi berkata, kebakaran itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa memandangkan kesemua pekerja sempat melarikan diri sebelum api marak.

Iklan

Katanya, operasi itu melibatkan 14 anggota dengan bantuan dua jentera selain turut dibantu sembilan anggota dari BBP Tebrau.