Al-Sultan Abdullah bawa perubahan landskap politik, ekonomi
Iklan
SHAH ALAM - Tempoh lima tahun pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah telah membawa perubahan landskap politik negara dan pertumbuhan ekonomi yang lebih sejahtera kepada rakyat.
Kebijaksanaan Seri Paduka Baginda turut disenangi oleh pemain industri perniagaan bagi meningkatkan daya saing ekonomi yang lebih mampan.