Agong sedia senarai penting berkaitan isu negara - Muhyiddin
Iklan
YANG di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disifatkan sebagai seorang yang bijaksana, teliti dan terbuka dalam menerima pandangan daripada kerajaan khususnya daripada Perdana Menteri.
Menyingkap kembali hubungan yang terjalin atas dasar sebagai ketua kerajaan sewaktu menjadi Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesyukuran kerana berpeluang berada di bawah pemerintahan Al-Sultan Abdullah.