BERIKUT adalah sinopsis lima tahun pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah:
16 Januari 2019
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan sebagai Sultan Pahang ke-6.
24 Januari 2019
Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
31 Januari 2019
Baginda mengangkat sumpah bagi memulakan pemerintahan di peringkat Persekutuan di Istana Negara.
30 Julai 2019
Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
24 Februari 2020
Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7.
1 Mac 2020
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam sebuah kerajaan campuran yang dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional.
12 Januari 2021
Al-Sultan Abdullah berkenan Proklamasi Darurat dilaksanakan ekoran penularan pandemik Covid-19.
21 Ogos 2021
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9 di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.
13 Oktober 2022
Seri Paduka Baginda berkenan menyempurnakan majlis perasmian projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia iaitu Stesen Janakuasa Battersea di Central London.
23 November 2022
Al-Sultan Abdullah berjaya menyelesaikan kemelut politik ketika situasi Parlimen tergantung pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
24 November 2022
Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.
30 November hingga 4 Disember 2023
Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP28) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai.
3 hingga 13 September 2023
Baginda menjadi Agong pertama menjelajah Sabah dan Sarawak dengan memandu kenderaan sendiri sejauh 2,154 kilometer sepanjang Kembara Kenali Borneo.