Raja Tuna bayar RM7.3 juta untuk seekor ikan

Iklan
Kimura bersama ikan tuna bernilai RM7.3 juta dengan berat 276kg pada lelongan tahun baru di Pasar Toyosu, Tokyo hari ini. - AFP

TOKYO - Seorang pengusaha sushi Jepun yang terkenal dengan jolokan Raja Tuna telah membayar sebanyak AS$1.8 juta (RM7.3 juta) untuk seekor tuna gergasi pada lelongan tahun baru di salah sebuah pasar ikan utama di ibu kota negara itu hari ini.

Kiyoshi Kimura yang mempunyai rangkaikan restoran sushi terkenal sanggup mengeluarkan jumlah itu bagi mendapatkan tuna bluefin seberat 276 kilogram (kg).

Iklan
Iklan

Difahamkan, ikan tersebut ditangkap di perairan Aomori yang terletak di utara Jepun.

"Ini merupakan (tuna) terbaik dan harganya cukup mahal bukan? Saya mahu pelanggan menikmati makanan yang lazat tahun ini," katanya.

Iklan

Sebelum ini Kimura pernah membuat bidaan dengan harga cukup tinggi untuk ikan dalam acara lelongan yang sama.

Tahun lalu, beliau membayar AS$3.1 juta bagi seekor tuna seberat 278kg.

Iklan

Acara lelongan tersebut merupakan aktiviti tradisional yang dijalankan di sebuah pasar baharu yang dipanggil Toyosu.

Jika sebelum ini ia terkenal di Tsukiji yang menjadi pasar ikan utama sehingga menjadi lokasi tumpuan pelancong kerana restoran dan kedai tetapi ia telah ditutup pada 2018. -AFP