Brendan Gan tekad curah bakti demi Harimau Malaya

Iklan
Brendan (kiri) meraikan jaringan Faisal Halim ketika berdepan Korea Selatan di Stadium Al Janoub. Foto FAM

JENERAL tengah skuad bola sepak negara, Brendan Gan mengakui teruja apabila dapat menyarung semula jersi pasukan Harimau Malaya dalam pentas Piala Asia 2023 di Qatar.

Malah, Brendan tekad berjuang buat pasukan negara sekiranya khidmatnya masih diperlukan Harimau Malaya pada masa depan selepas cabaran anak buah Kim Pan-gon berakhir di peringkat kumpulan temasya itu.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 35 tahun itu merupakan sebahagian daripada watak penting dalam kalangan skuad kendalian Pan-gon yang bangkit mengikat Korea Selatan, 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub, pada 25 Januari lalu.

"Impian itu berkembang setiap minit setiap hari sejak menyaksikan skuad ini layak ke Piala Asia di Bukit Jalil.

Iklan

"Pertama, adalah impian untuk terus hidup. Kedua ialah untuk kembali ke padang bersama kelab, kemudian beraksi dengan cukup baik untuk mencapai langkah seterusnya. Langkah seterusnya ialah memakai warna Harimau Malaya semula,” kata pemain Selangor FC itu.

Jelas Brendan lagi, satu penghormatan apabila dapat menjadi sebahagian dalam kalangan 26 pemain yang menggalas cabaran negara di temasya bola sepak terbesar Asia tersebut.

Iklan

"Ini hanya satu peringatan, setiap orang menghadapi ujian masing-masing, besar atau kecil. Hanya kegigihan kunci capai impian,” katanya yang sebelum ini tidak diturunkan dalam dua aksi awal ketika Harimau Malaya tewas kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1).

Sebagai rekod, Brendan sebelum ini pernah berjuang menentang kanser untuk kembali semula di atas padang.