'Amerika tidak mahu berperang dengan Iran' - John Kirby

Iklan
Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby.

WASHINGTON - Walaupun Amerika Syarikat (AS) telah berikrar untuk bertindak balas terhadap pembunuhan tiga anggota tenteranya di Jordan hujung minggu lalu, namun, negara Uncle Sam itu tidak pernah menyimpan hasrat untuk melancarkan konfrontasi ketenteraan dengan Iran yang disebut sebagai ‘dalang’ di sebalik tragedi itu.

Jaminan ini diberikan jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby.

Iklan
Iklan

Ditanya wartawan sama ada White House dan Pentagon sedang melihat sasaran yang berpotensi dalam sempadan Iran, Kirby menegaskan:"AS"tidak mahu berperang perang dengan Iran."

Namun begitu, Kirby menegaskan, Iran bertanggungjawab melatih, menggalakkan dan mengatur kumpulan bersenjata yang beroperasi di Iraq dan Syria yang melakukan serangan dron terhadap tentera AS di Jordan.

Iklan

Sebelum itu, dalam taklimat harian White House kepada media pada Isnin, Kirby memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga tentera AS yang terkorban dan berkata bahawa mereka terlibat dalam misi"penting" menentang Negara Islam (IS) di rantau ini.

"Kami tidak mencari perang lagi. Kami tidak berusaha untuk meningkatkan ketegangan. Tetapi kami benar-benar akan melakukan apa yang diperlukan untuk melindungi diri kami," jelas Kirby.

Iklan

Setakat ini juga, beliau enggan berkongsi tindak balas bagaimana yang akan diambil oleh AS terhadap pihak yang melancarkan serangan dron sehingga menyebabkan tiga tenteranya terbunuh dan lebih 30 orang cedera.

Pada Ahad, tiga anggota tentera AS terbunuh dan lebih 30 lagi cedera dalam serangan dron di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria, kata tentera AS.

"Sementara kami masih mengumpul fakta mengenai serangan ini, kami tahu ia dilakukan oleh kumpulan militan radikal yang disokong Iran yang beroperasi di Syria dan Iraq,” dakwa Presiden AS, Joe Biden dalam satu kenyataan. - Awani