MAJLIS akad nikah kini boleh dilaksanakan di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah apabila pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan membenarkan upacara berkenaan baru-baru ini.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebagaimana dipetik menerusi laporan akhbar tempatan di negara itu, al-Watan.
"Ia sekali gus membolehkan pelaksanaan akad nikah tersusun dengan selesa dan mudah di dua masjid suci berkenaan,” katanya sepertimana dipetik dalam gulfnews.com.
Perkhabaran baharu itu memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk menghasilkan idea inovatif bagi menganjurkan acara sedemikian termasuk mengambil kira kesucian dua masjid berkenaan.
Seorang pegawai perkahwinan Arab Saudi, Musaed Al-Jabri berkata, sememangnya melakukan akad nikah di dalam masjid adalah dibenarkan dalam Islam.
Malah katanya, Nabi Muhammad SAW juga diketahui mengadakan upacara perkahwinan seorang sahabat di rumah ALLAH.
Bukan itu sahaja, upacara seperti itu di Masjid Nabawi juga sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan penduduk tempatan Madinah, ungkapnya.
"Ini disebabkan beberapa faktor. Ada di antara mereka mempunyai tradisi menjemput kebanyakan saudara-mara pasangan yang bakal berkahwin.
"Kebiasaannya, rumah keluarga bakal isteri tidak dapat menampung semua jemputan. Jadi, majlis akad nikah dijalankan di Masjid Nabawi atau Masjid Quba (masjid pertama dibina dalam Islam),” katanya.
Dalam pada itu, Al-Jabri menjelaskan, hadirin yang memeriahkan majlis juga perlu mematuhi peraturan ditetapkan bagi memelihara kesucian rumah ALLAH itu.
"Ia termasuklah mengelak gangguan kepada jemaah dengan suara lantang dan membawa masuk banyak makanan, gula-gula atau kopi di tempat suci berkenaan,” jelasnya.