Kad merah jejas momentum Iraq

Iklan
Aymen Hussein dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua. Foto Agensi

PENGENDALI Iraq, Jesus Casas menyifatkan tindakan pengadil melayangkan kad merah terhadap penyerang Aymen Hussein, mengubah momentum aksi pusingan 16 terbaik Piala Asia Qatar 2023 menentang Jordan di Stadium Antarabangsa Khalifa itu.

Casas berkata:"Dalam kejohanan besar seperti Piala Asia, anda tidak boleh mengenepikan pemain selepas meraikan gol.

Iklan
Iklan

"Perkara yang sama berlaku pada separuh masa pertama dengan pemain Jordan (Yazan Al-Naimat, 1 minit 30 saat) meraikan dan pengadil tidak mengambil sebarang tindakan (berbanding Aymen Hussein, 1 minit 16 saat).

"Masalahnya adalah pada masa kad merah ini. Ia berlaku selepas kami menggunakan semua pertukaran kami, jadi ia situasi yang sangat sukar.

Iklan

"Kami tidak mempunyai peluang untuk membuat sebarang perubahan di dalam padang."

Sebelum itu, dua gol pada masa kecederaan mengesahkan Jordan ke suku akhir Piala Asia selepas menang 3-2 ke atas Iraq.

Iklan

Jordan mendahului separuh masa pertama menerusi sentuhan Yazan Al-Naimat menewaskan penjaga gol pasukan juara 2007 itu, Jalal Hassan pada minit ke-46.

Separuh masa kedua, Iraq berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-68 menerusi Saad Natiq.

Aymen Hussein melebarkan gol Iraq pada minit ke-76 yang sebelum itu dilayangkan kad kuning minit ke-43 kemudiannya dikenakan tindakan sama minit ke-77 selepas meraikan jaringan dengan cara keterlaluan.

Kelebihan itu dimanfaatkan Jordan yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk jaringan menerusi Yazan Al-Arab pada minit ke-95.

Jaringan itu kembali menyalakan semangat Jordan yang dijelmakan kemudiannya hasil jaringan Nizar Al-Rashdan pada minit ke-97 untuk kedudukan 3-2.

Kemenangan itu membolehkan Jordan berdepan Tajikistan dalam aksi suku akhir di Stadium Ahmed bin Ali pada Jumaat.

Sebagai rekod, Jordan mara selaku pasukan ketiga terbaik Kumpulan E yang dianggotai Korea Selatan, Bahrain dan Malaysia.

Sementara itu, Iraq pula juara Kumpulan D yang dianggotai Jepun, Indonesia dan Vietnam.