Suasana hiba

Iklan
Suasana hiba menyelubungi Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melangkah ke pesawat yang akan membawa baginda berdua kembali ke Pahang.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka diterbangkan oleh Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berlepas pada 11.16 pagi, diiringi dua pesawat pejuang F/A-18D Hornet TUDM yang dikemudi oleh Mejar Saifirudin Bahari dan Mejar Mohammad Afendie Mohammad Idir.