Pegawai polis disyaki rogol saksi kes direman tujuh hari

Iklan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor direman seminggu bermula Selasa bagi membantu siasatan selepas disyaki merogol saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan di pejabatnya di IPD Tumpat pada Ahad.

TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai polis berpangkat inspektor direman seminggu bermula Selasa selepas disyaki merogol saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini pada Ahad.

Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi mengeluarkan perintah reman ke atas inspektor yang merupakan pegawai penyiasat di Mahkamah Majistret Tumpat pada Selasa.

Iklan
Iklan

Perintah reman tersebut membolehkan pegawai itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Peguam yang mewakili pegawai polis itu, Mohd Firdaus Zainal Abidin membantah permohonan tahanan reman terhadap anak guamnya semasa prosiding reman berlangsung.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan inspektor berkenaan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.