Bendera merah didakwa simbol peperangan dinaikkan di Iran

Iklan
Tangkap layar video yang memaparkan bendera merah dinaikkan dipercayai di sebuah masjid di Iran.

IRAN - Warga maya di media sosial menyatakan kebimbangan berlakunya perang dunia ketiga dalam masa terdekat susulan serangan di sebuah lapangan terbang di Baghdad, Iraq yang telah mengorbankan komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Mejar Jeneral Qasem Soleimani.

Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat pula melalui akaun Twitter rasminya mengeluarkan satu kenyataan yang mengancam Iran untuk tidak mengambil apa-apa tindakan jika tidak mahu negara mereka diserang.

Iklan
Iklan

Namun dalam satu video yang dikongsi oleh @SiffatZahra di Twitter semalam memaparkan satu bendera merah dinaikkan dipercayai di sebuah masjid di Iran.

Pemilik Twitter berkenaan mendakwa bendera merah tersebut yang pertama kali dalam sejarah dikibarkan membawa maksud bahawa peperangan akan berlaku.

Iklan

"Pertama kali dalam sejarah, bendera merah telah dinaikkan di Masjid Jamkarān, Qom Iran dan bendera merah adalah simbol bahawa satu pertempuran akan berlaku,” tulisnya.

Perkongsian video yang berdurasi 38 saat itu kini tular di media sosial dengan meraih dua juta tontonan dan 15,000 ulang kicau.

Iklan

Rata-rata netizen mengharapkan agar krisis ketegangan yang berlaku di antara Iran dan Amerika Syarikat segera selesai.

"Semoga krisis yang berlaku antara Iran dan Amerika dapat diselesaikan dengan segera bagi menghalang peperangan dunia ketiga daripada berlaku. Kita perlu campur tangan negara Islam lain bagi membendung ketengan ini daripada meningkat,” tulis @ahmadrin14 di Twitter.

@DaniRain pula menulis,"Risau bila melihat bendera merah ini dinaikkan yang didakwa peperangan akan berlaku. Diharap pergaduhan antara Amerika dan Iran dapat diselesaikan dengan segera."