Isu pengampunan Najib: Elak berita berdasarkan sumber - Fahmi

Iklan
Fahmi berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi pada Selasa.

PUTRAJAYA - Pengamal media diminta menantikan kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan tidak menghasilkan berita berdasarkan sumber semata-mata, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Merujuk kepada laporan sebuah portal yang memetik sumber mengatakan bahawa Najib telah mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, adalah penting bagi pengamal media memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum berita itu diterbitkan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam isu-isu besar, adalah penting untuk memastikan kesahihan maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi apabila memilih untuk melaporkan berita berdasarkan sumber.

"Saya juga semak dengan StratComm Kabinet dan YB Azalina (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said).. kita kena tunggu (kenyataan) Lembaga Pengampunan,” katanya ketika berucap pada Perhimpuan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 1/2024 di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Semakan mendapati portal berkenaan telah menarik balik berita mengenai pengampunan Najib atas alasan fakta yang tidak dapat disahkan dan turut memohon maaf kepada pembaca. - Bernama