Korea Utara tutup kedutaan di Hong Kong, Libya

Iklan
Korea Utara menutup misi diplomatik di Hong Kong dan Libya sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan diplomatiknya. Foto AFP

SEOUL - Korea Utara menutup misi diplomatik di Hong Kong dan Libya, menurut seorang pegawai kementerian luar, lapor Agensi Berita Yonhap pada Selasa.

Langkah itu seiring dengan tindakan Pyongyang dalam beberapa bulan lepas yang menutup kedutaannya di Angola, Nepal, Bangladesh, Sepanyol dan Uganda.

Iklan
Iklan

Korea Utara berkata, penutupan itu sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan diplomatiknya.

Menurut laman sesawang Kementerian Luar Korea Selatan, jumlah keseluruhan misi diplomatik Korea Utara setakat Selasa kekal sebanyak 44.

Iklan

Pada November lepas, Korea Utara menyatakan bahawa mereka menutup dan membuka misi diplomatik baharu"selaras dengan perubahan persekitaran global dan dasar diplomatik negara," tanpa mengulas lanjut.

Kementerian Penyatuan Korea Selatan sebelum ini berpendapat penutupan beberapa kedutaan itu sebagai isyarat jelas keadaan ekonomi Korea Utara yang merudum akibat sekatan global. - Bernama-Yonhap

Iklan