Empangan Air Itam menyusut
Iklan
Empangan Air Itam mengalami penyusutan sehingga paras 33.7 peratus berikutan musim panas dan kering yang telah bermula. Foto Bernama
GEORGE TOWN - Kapasiti efektif Empangan Air Itam di sini mengalami penurunan mendadak dengan penyusutan sehingga paras 33.7 peratus berikutan musim panas dan kering yang telah bermula.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan berkata, air dari empangan itu juga digunakan untuk menampung keperluan pengguna di bahagian pulau susulan kejadian paip pecah di dasar Sungai Perai, Butterworth awal bulan ini.
Iklan
Iklan
"Penyusutan di Empangan Air Itam itu agak mendadak kerana sekarang ini musim kering dan penggunaan air yang tinggi, malah kita turut menggunakan air untuk tampung bekalan di sebelah pulau selepas kejadian Sungai Perai.
"PBAPP akan memuktamadkan langkah yang akan diambil bagi meningkatkan kapasiti air di Empangan Air Itam selepas pelan B iaitu kerja-kerja pemasangan paip baharu 600mm merentasi Sungai Perai siap sepenuhnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Iklan
Empangan Air Itam merekodkan kapasiti efektif 83 peratus pada 1 Disember lepas, namun penggunaan air di empangan itu ditingkatkan bagi menampung kegunaan penduduk yang terjejas akibat kejadian paip pecah itu.
Sementara itu, Empangan Teluk Bahang dekat sini mencatatkan paras 88.1 peratus manakala Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam berada pada paras 90.1 peratus.
Iklan
Sebagai rekod, tahap waspada pertama adalah pada kadar 50 peratus, tahap kedua (40 peratus) dan tahap ketiga ialah 30 peratus dan ke bawah. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam