PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan buat penyanyi veteran Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman atau lebih dikenali Shima, yang kini menghidap penyakit bronkitis.
Dalam catatan di Facebooknya, Anwar berkata, Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi pelantun lagu ‘Teringin’ itu, yang kini tidak boleh menyanyi sekali gus terputus sumber pendapatan akibat penyakit yang dihidapinya.
Setiausaha Politik Anwar, Ahmad Farhan (dua dari kiri) menziarahi Shima yang kini tidak boleh menyanyi akibat penyakit yang dihidapinya. Foto FB Anwar Ibrahim