Warga emas ditemukan mati dalam rumah berkunci

Iklan
Seorang warga emas ditemukan sudah meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Taman Golden Dragon, malam tadi.

KAMPAR - Seorang lelaki warga emas ditemukan sudah meninggal dunia dalam sebuah rumah berkunci di Taman Golden Dragon di sini hari ini.

Mangsa berusia lingkungan 80 tahun dan tinggal berseorangan dipercayai terperangkap dalam rumah berkenaan serta dilaporkan sudah dua hari tidak keluar rumah.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kejadian itu disedari jiran mangsa yang kemudiannya menghubungi bomba pada jam 8.25 malam.

"Makluman awal daripada jiran mengatakan bahawa mangsa tidak keluar rumah selama dua hari, walaupun dipanggil beberapa kali, mangsa tidak memberikan sebarang jawapan.

Iklan

"Bimbang kejadian buruk berlaku ditambah keadaan rumah yang berkunci, mereka melaporkan kes kepada bomba untuk bantuan," katanya.

Anggota bomba bertindak memotong mangga di pintu masuk rumah untuk mengeluarkan mangsa.

Anggota bertindak memotong mangga di pintu untuk masuk sebelum menemui mangsa dalam rumah berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

"Tiada sebarang pengenalan diri ditemui dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.