CPI 2023: Rancangan jangka panjang, kerjasama tingkat kedudukan Malaysia

Iklan
Gambar: Logo MCW (hiasan)

SHAH ALAM - Rancangan jangka panjang dan kerjasama dengan pelbagai pihak diperlukan bagi mencapai sasaran meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam kenyataan berkata, kenaikan skor dalam CPI 2023 itu menunjukkan hasil usaha positif yang diambil negara ini dalam menangani isu rasuah.

Iklan
Iklan

"Semoga usaha berterusan untuk memperbaiki integriti dan ketelusan dalam pentadbiran negara akan memberikan hasil yang positif dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa, skor Malaysia dalam CPI 2023 yang dikeluarkan Transparency International (TI) mencatatkan peningkatan kepada 50 mata berbanding 47 mata pada 2022.

Iklan

Presiden TI-Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, penambahan mata itu sekali gus meletakkan negara di kedudukan tangga ke-57 daripada keseluruhan 180 negara.

Dalam pada itu, menurut kenyataan MCW, peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam mendakwa bekas pemimpin politik turut memberi impak positif terhadap kajian tersebut.

Iklan

"Setinggi tahniah kepada usaha berterusan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat isu-isu berkaitan persepsi rasuah yang masih belum selesai, termasuk keputusan proses undang-undang yang berkaitan dengan pemimpin politik.

"Rancangan jangka panjang dan kerjasama diperlukan untuk mencapai sasaran meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI,” ujarnya.