Sultan Ibrahim berangkat tinggalkan Istana Bukit Serene

Iklan
Kenderaan yang membawa Sultan Ibrahim meninggalkan Istana Bukit Serene menuju hangar diraja di Senai.

JOHOR BAHRU - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat meninggalkan Istana Bukit Serena pada pukul 7.45 pagi Rabu, menuju hangar diraja di Senai, di sini, bagi berlepas ke Kuala Lumpur.

Baginda dijangka berangkat ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi sekitar pukul 8.30 pagi Rabu.

Iklan
Iklan

Sultan Ibrahim dijadual diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara.

Seri Paduka Baginda juga akan melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini sekali gus menandakan bermulanya tempoh pemerintahan lima tahun Sultan Ibrahim sebagai tonggak kedaulatan dan perpaduan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. - Awani

Iklan
Iklan