Pengemis warga asing raih RM10,000 sebulan

Iklan
Pengemis warga asing yang ditahan di pasar malam Gelang Patah pada Selasa. Foto JIM Johor

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan tujuh pengemis asing dalam Op Bersama di sekitar pasar malam Gelang Patah, pada Selasa.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, operasi jam 6.30 petang itu dijalankan Bahagian Penguatkuasaan agensi itu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Iklan
Iklan

"Tindakan diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan dan kewujudan pengemis serta derma warga asing di pasar malam tersebut.

Pengemis yang ditahan terdiri daripada mereka yang cacat anggota badan. Foto JIM Johor

"Pengutip derma warga asing itu ditahan menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati. Manakala pengemis yang ditahan terdiri daripada mereka yang cacat anggota badan.

Iklan

"Penahanan mereka membuktikan ada dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan sehingga RM300 sehari atau RM10,000 sebulan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pengutip derma warga asing itu ditahan menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati. Foto JIM Johor

Menurut beliau, kesemua ditahan terdiri daripada warga Kemboja, Thailand dan Indonesia berusia lingkungan 34 hingga 63 tahun.

Iklan

"Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga Kemboja dan dua lelaki warga Thailand. Selain itu, seorang lelaki dan wanita warga Indonesia turut ditahan ketika anggota Imigresen melakukan pemeriksaan di sekitar gerai," katanya.