Pelajar sekolah teruja bertentang mata dengan Agong

Iklan
Dianggarkan lebih 30 pelajar dari SMK Alam Megah 2 menyertai Istiadat Keberangkatan Tiba YDPA ke-17 di laluan pintu masuk Pangkalan Udara TUDM, Subang pada Rabu.

SUBANG - [DIKEMAS KINI] Sukar untuk menggambarkan perasaan terharu apabila berpeluang untuk menyertai Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-17, Sultan Ibrahim di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pelajar Tingkatan Lima, Nur Suffia Nayli Zuidi,17, berkata, dia begitu teruja apabila guru-guru memaklumkan bahawa mereka akan terlibat dalam acara menyambut ketibaan YDPA ke-17.

Iklan
Iklan
Nur Suffia

"Pengalaman ini seumpama mimpi bagi saya kerana dapat melihat sendiri sosok tubuh seorang sultan yang bakal menjadi Ketua Negara.

"Sukar untuk saya kongsi perasaan sebenar. Acara ini akan menjadi pengalaman paling bermakna dalam hidup kerana ia dapat disaksikan hanya lima tahun sekali sahaja,” katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Megah 2, Shah Alam.

Iklan

Sementara itu, Erisya Azwa Safrina Musrizalmaini, 16, berkata, apabila diberi peluang untuk melihat Istiadat Keberangkatan Tiba YDPA, dia dapat memahami secara terperinci tentang sistem beraja Malaysia.

*media[2520369]**

Menurutnya, acara berkenaan bukan sekadar sambutan tetapi ia merupakan satu pembelajaran baharu.

Iklan

"Saya begitu teruja untuk mengikuti Istiadat Diraja walaupun hanya terlibat dalam acara menyambut ketibaan YDPA di hadapan pintu masuk Pangkalan Udara Subang.

"Pengalaman ini membuatkan saya lebih memahami tentang perkara yang dipelajari dalam buku teks sekolah mengenai Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Alam Megah 2, Siti Dewi Marsitah Ismail memaklumkan, penglibatan pelajar secara tidak langsung membantu mereka untuk lebih kreatif berkarya dalam subjek penulisan Bahasa Melayu.

Siti Dewi Marsitah

Tambah Siti Dewi Marsitah, upacara itu juga telah mewujudkan satu sesi pembelajaran ringkas antara pelajar dan guru.

"Seperti yang kita tahu, pelajar ini mempunyai banyak persoalan dalam minda mereka. Jadi mereka akan mengajukan beberapa pertanyaan kepada guru tentang proses Istiadat Pertabalan ini.

"Bukan itu sahaja, acara ini menunjukkan bahawa Malaysia benar-benar mengamalkan sistem pemerintahan beraja seperti yang dipelajari dalam buku teks Sejarah,” katanya yang tiba pada jam 7 pagi.