Istana Negara keluar penggunaan nama rasmi Agong, Raja Permaisuri

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meninggalkan Balairung Seri selepas Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Istana Negara pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Istana Negara pada Rabu memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Raja Permaisuri Agong yang telah dikemas kini.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Datuk Nazim Mohd Alim memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Iklan
Iklan

Beliau turut memaklumkan bagi Raja Permaisuri Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. - Bernama

Iklan
Iklan