Imran Khan, isteri dipenjara 14 tahun babit kes hadiah negara

Iklan
Imran Khan (kanan) bersama isterinya, Bushra Bibi (kiri). Foto AFP

ISLAMABAD - Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi, dijatuhi hukuman penjara 14 tahun pada Rabu membabitkan kes hadiah negara atau kes Toshakhana.

Hukuman itu diputuskan oleh mahkamah di bandar markas tentera di timur laut Penjara Adiala Rawalpindi, tempat bekas perdana menteri itu sedang menjalani hukuman, menurut Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Pada Selasa, Khan dan bekas menteri luar, Shah Mahmood Qureshi dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana melanggar Akta Rahsia Negara. - Bernama