KOTA KINABALU - Hanya pembangkang yang bersungguh menyatakan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan pada tahun ini, kata Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu mengakui bahawa Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor ada meminta supaya mereka bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya yang akan diadakan sebelum Oktober tahun depan.
"Ketua Menteri memang ada cakap bersedia, memanglah sesuai nasihat itu kerana pilihan raya tidak lama lagi, satu tahun lagi jadi kita kena bersedia.
"Tetapi yang beria-ia sekarang ini pembangkang seolah-olah memberi bayangan akan ada pilihan raya, rancak dengan segala fitnah dan pelbagai lagi.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri pada majlis makan tengah hari Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Lew bersama media di sini pada Rabu.
Beliau mengulas mengenai bayangan bahawa PRN Sabah mungkin diadakan pada tahun ini.
Menurut Joniston lagi, kerajaan GRS kini fokus untuk membangunkan Sabah dan menyelesaikan isu berkaitan infrastruktur di negeri ini.
caption
1. Joniston (dua dari kiri) ketika hadir bersama Christina pada majlis makan tengah hari bersama media di Kota Kinabalu.
tamat