KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani mendukung sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebelum ini yang ingin melihat negara meneruskan tadbir urus yang baik, telus, pemacuan ekonomi yang mampan serta memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan darjat hidup rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu juga merupakan hasrat jutaan rakyat Malaysia yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa hadapan yang lebih baik untuk semua.