BANGKOK - Parti pembangkang, Parti Move Forward (MFP) yang memenangi kerusi paling banyak pada pilihan raya lalu diarahkan untuk menghentikan kempen yang menuntut pindaan undang-undang menghina raja atau lese-majeste.
Keputusan itu diumumkan Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu setelah tindakan MFP yang didakwa cuba menggugat kedudukan Raja Maha Vajiralongkorn itu sama seperti usaha menggulingkan monarki.
Iklan
Iklan
"Terdapat larangan terhadap pelaksanaan hak dan kebebasan yang menjejaskan keselamatan dan keamanan negara, ketenteraman negara, dan akhlak yang baik,” tegas mahkamah itu.
Susulan itu, mahkamah mengarahkan bekas pemimpin MFP, Pita Limjaroenrat supaya tidak lagi berkempen tentang perkara tersebut.
Pita yang gagal menjadi Perdana Menteri kembali ke Parlimen minggu lalu setelah mahkamah sama mengekalkan kedudukannya sebagai ahli dewan tersebut. - AFP