MANILA - Dua warga Filipina maut dan dua pelancong asing cedera dalam insiden perlanggaran di laut di wilayah Batangas, selatan Manila pada tengah hari Rabu, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.
Pengawal Pantai Filipina (PCG) berkata, insiden itu berlaku pada kira-kira 12.30 tengah hari waktu tempatan berhampiran Matoco Point di Bandar Batangas, melibatkan kapal penumpang MV Ocean Jet 6 dan teksi air.