PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia memaklumkan perkara itu susulan laporan berita mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.