Myanmar lanjutkan darurat selama enam bulan

Iklan
NDSC pada Rabu melanjutkan darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan lagi. Foto 123RF

YANGON - Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar (NDSC) pada Rabu melanjutkan darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan lagi, lapor Xinhua memetik kenyataan pasukan penerangan majlis itu.

Menurut laporan media, Pemangku Presiden, U Myint Swe mengisytiharkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi semasa mesyuarat NDSC pada Rabu.

Iklan
Iklan

Lanjutan itu dibuat mengikut Seksyen 425 Perlembagaan Negara berikutan keadaan luar biasa dalam negara, menurut laporan itu.

Mesyuarat itu juga membincangkan perkara berkaitan usaha membanteras penipuan telekomunikasi, pembangunan negara dan promosi sektor pendidikan, persediaan untuk pilihan raya umum serta persediaan untuk pelaksanaan bancian negara.

Iklan
Iklan

Myanmar mengisytiharkan darurat selama setahun pada Februari 2021, dan dilanjutkan sebanyak empat kali lagi sehingga 31 Januari tahun ini. - Bernama