Ketegasan Agong pertahan sistem demokrasi
Iklan
SHAH ALAM - Ketegasan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim diyakini dapat mempertahankan sistem demokrasi negara dan tidak sama sekali akan berkompromi dengan institusi yang diketuai olehnya.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, meskipun pertukaran kerajaan boleh dibuat sekiranya mengikut kaedah yang betul tetapi Seri Paduka Baginda sudah pasti tidak mudah berkompromi dengan mereka yang sewenang-wenangnya mahu menjatuhkan kerajaan.