Novel Koyak, Kids naskhah terlaris

Iklan
Suasana Jualan Gudang Karangkraf 2024 yang sedang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf.

SHAH ALAM - Novel Koyak Karangkraf Literature (K-Lit) dan buku Siri Cari Kata (Kids) menjadi naskhah terlaris dan dicari para pengunjung pada Jualan Gudang Karangkraf 2024.

Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Grup Buku Karangkraf, Siti Rahmah Mokhtaruddin berkata, lebih 300 naskhah buku berkenaan sudah terjual sepanjang enam hari berlangsung jualan tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya sentiasa menyediakan sumber bahan bacaan yang memenuhi keperluan semasa orang ramai tanpa mengira genre.

Selain Pertandingan Hafazan yang disertai 20 peserta cilik, Jualan Gudang Karangkraf turut mengadakan Pertandingan Azan pada Selasa.

"Novel Koyak mempunyai jalan cerita menarik yang mana mengisahkan kumpulan penggodam menentang scammer.

Iklan

"Penulis sendiri turut aktif mempromosikan karyanya.

"Kami percaya, ini ialah kesinambungan kejayaan kempen K-Lit sejak Oktober 2022.

Iklan

"Kini, novel Koyak dalam proses penilaian untuk diadaptasi ke filem,” katanya.

Jualan Gudang Karangkraf 2024 berlangsung selama 10 hari di Kompleks Kumpulan Karangkraf kali ini mengangkat tema #RoadToRamadan dengan membuat jualan al-Quran terbesar yang pernah dianjurkan.

Pengunjung juga berpeluang menerima potongan diskaun bagi tajuk buku terpilih dan cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM1,500.

Tambah Siti Rahmah, buku aktiviti Siri Cari Kata pula menjadi pilihan ibu bapa dan anak-anak.

Orang ramai hadir bagi membeli buku di Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf

"Siri kali ini memfokuskan pada topik-topik khusus seperti dunia, kenderaan, Malaysia, rumah dan manusia.

"Selain dapat menambah perbendaharaan kata, buku ini juga membantu anak-anak untuk lebih fokus ketika belajar.

"Mereka dapat bermain sambil belajar, sangat interaktif untuk kanak-kanak berumur lima tahun ke atas,” ujarnya.